
Amputated Caburettor, apsal pelik nama karekter CRB Calibretto ni? Sengaja menghilangkan sebelah tangan kiri robot ketika membuat pindaan. Design awal kurang dinamik dari segi perspektif. Belasah dengan tetikus termendap-mendap di kala hujan membasahi bumi bertuah ini sejak kelmarin lagi. Berjaga-jaga kemungkinan dilanda banjir gelombang ketiga.
Tuesday, December 01, 2009
Caliberattor
Coretan oleh
Kalamtimur
pada
9:07 AM
1 ulasan
Label: CRB Calliberator
Wednesday, November 25, 2009
Blow up!!!!!!
Tuesday, November 24, 2009
Apo kono jang???

Bergegas untuk langsaikan hutang di bank. Tengok ada parking depan kedai kain cun punya! Senyum dalam hati, lega. 3 orang polis dalam pakaian PGA berdiri dengan menyandang M16 di kaki lima. Saya berjalan melintasi mereka. Mula-mula ingat dan syak kawalan biasa di hadapan bank-bank utama, kot-kot ada rompakan. Minta dijauhkan. Di bank tersebut satu mesin ATM buat hal. Baris dan mula nak sesak, mujur ada staf lawa tawar nombor untuk bayaran terus di kaunter. Lepas selesai di kaunter tidak sampai dalam masa 10 minit, terus masuk ke kedai buku sebelah. Seperti biasa cari apa-apa yang patut. Inilah magazine, advanced photoshop yang saya beli RM46.90 compare dengan magazine photoshop yang harganya RM50 dan beli juga majalah Apo. Muka berubah nampak kertas warna pink terselit di wiper. Ceh dah kena dah. Saman perkara 2, kenderaan menghalang lalu lintas. Tanpa lengah pergi ke IPD untuk settlekan masalah ini pulak, terkena pula RM30. Magazine advance photoshop ini dibekalkan dengan CD 36 quality brushes. Sementara stok masih ada.
Kalau rajin boleh dibeli secara online kat http://www.advancedphotoshop.co.uk/ Dalam web tu banyak galeri dari mereka yang mencipta nama, salah seorangnya Zainab Razaq. Check it out
Monday, November 23, 2009
Pertualangan Menentang Kegelapan Yang Cikai

Hujan turun mencurah-curah, dalam masa 3 hari sejak Jumaat lalu. Jalan utama di kawasan saya sudah dinaiki air. Redah hujan untuk mencari keperluan harian dan singgah kedai cari majalah dan komik. Mat-mat motor nampak kesukaan benar meredah air di atas jalan pergi dan balik dalam kumpulan mereka, jalan dua hala terpaksa di jadikan sehala. Air sungai melimpah ke kawasan rendah. Kedai-kedai servis kereta dan motor termasuk kedai perabot jati dimasuki air. Kereta-kereta diletakkan dibahu jalan, kawasan perumahan digenangi air. Makan ubi rebus sambil pekena air kopi o,sebelah tangan memegang mouse mewarna artwork cikai ini. Haha...
Saturday, November 21, 2009
Ni sahaja yang sempat
Monday, November 16, 2009
Darkness
Sunday, November 15, 2009
Saturday, November 14, 2009
Mantel jingga, aku bukan superman

Mula mendoodle sikit-sikit karekter nih, kerja gila eh. Dengan mantel jingga, Putera Arash tidak seperti Suparman. Tidak mempunyai keupayaan untuk terbang di awan.Seperti manusia normal dia mempunyai akal dan tenaga untuk mengatasi rintangan dan ujian dalam kembaranya.
Kat ofis, mendoodle lagi dengan painter X. Nampaknya kena banyak praktis lagi.
Friday, November 13, 2009
Putera Arash




Putera Arash, in de makin'. Pakcik nak come up pakcik watak dari skrip Perkasa Alam untuk episod Langkuik. Target untuk webcomic, kalau boleh selesai pada penghujung tahun 2009 ini. Lagi pun, pakcik tahun ini tidak naik belon. Hendak menghabiskan cuti di semenanjung sahaja.
Masuk forum pergh, adesss terkedu baca posting Alifstyle mengenai 9 tahun pemergian Raja Kartun dan guru kepada kebanyakan kartunis tanah air. Saya pun ada memori bersama arwah di entri blog ini. Alfatihah buat Pak Rejabhad, semoga roh allahyarham dicucuri rahmatNYA.
Thursday, November 12, 2009
Cabaran Mencipta Hero komik fantasi anda..
Hadiah Bernilai lebih RM150,000
Cabaran Mencipta Hero Komik fantasi anda dianjurkan oleh The One Academy, Sin Chew Daily dan GSC. Pakcik pun baru je belek2 Gempak #240. Ramai para dewa tentu berminat dan tidak akan lepas peluang menyertainya. Ada 2 kategori, iaitu Kategori A untuk pelajar sekolah menengah dan untuk Kategori B penyertaan dari 18 tahun ke atas. Borang boleh dimuat turun dari
http://www.toa.edu.my/tsw/
berusahalah....
Boleh dihantar melalui post atau online...untuk budak-budak bawah 18 tahun, hadiah memang best! ooooo. Untuk 18 tahun ke atas, nak cuba-cuba nasib pun boleh apa salahnya, manalah tahu karekter ciptaan anda terpilih untuk komik Storm Riders untuk musim akan datang,








